Sejak COVID-19 menyerang kita, ramai yang terkesan. Bukan rakyat Malaysia jer, satu dunia terkesan.
Aku pun sama guys. Memang terkesan. Sale jatuh menjunam. Orang dah tak membeli sangat baju kurung. Hari raya pun orang tak beli, hari2 biasa lagi lerr. SALE jatuh.
Aku siap tanya manager Shopee, dia kata memang kategori Fesyen Muslimah jualan kureennngg. Ermm, faham2 je la.. semua brand terkesan.
Lepas tu ditambah lagi dengan PKP, pejabat kautsar dah tak boleh buka. Warehouse pun tak boleh kerja ramai2. Perghhh, memang terkesan.
Sebab tu banyak bisnes tutup. Ini realiti..
.
Aku..
Alhamdulillah, masih boleh berniaga sebab kautsar banyak gunakan medium online. Walaupun sale jatuh, aku bertahan dengan staff yang minimum. Berniaga selagi boleh.
Masa ni berniaga untuk bertahan. Selagi mana badan sihat, cukup makan. Alhamdulillah sangat2.
.
Untuk Syarikat pulak, Aku nampak dah tak boleh nak jual baju jer. Dah kene jual benda2 lain. kene diversify. Slow-slow aku mula bawa masuk produk2 lain. Sebab tu kalau korang tengok kautsar dah jual macama-macam. Weedmat , paku , baja dan akan tambah2 lagi.
Semuanya aku buat untuk meneruskan perniagaan. Mana yang boleh jual, aku jual. Tak nak putus asa waktu2 COVID ni. Aku nak terus berniaga, demi kelangsungan hidup seorang peniaga.
.
Kebun Nursery & Kautsar
Masa ni jugak bermulalah kisah aku mula nak buka nursery.
Kisahnya bermula tahun lepas. Masa tu baru mula PKP. Selepas bertahun Abah dengan Mak asyik cakap..
“Zam, beli tanah Zam”
… “Zam, beli tanah Zam”
Akhirnya terbuka hati untuk beli tanah. Perancangan nak beli jer, tak tahu pun nak buat apa. Janji ada tanah.
Lepas beberapa bulan mencari, akhirnya dapat juga beli tanah dekat2 dengan rumah.
Alhamdulillah, syukur sangat2.
Kisah nak beli tanah ni panjang. Walapun beberapa bulan je mencari, tapi pengalaman tu memang mahal. Kene tipu, kene pusing, kene pinjam duit sampai sekarang tak bayar. Haha.. ni kene cerita masa lain. cuma broker2 tanah ni memang menguji kesabaran.

.
Lepas ada tanah, macam2 idea datang. Nak tanam macam. Selepas study dan buat kira2, akhirnya aku buat keputusan nak buka nursery online.
Jadi, insyaALLAh tak lama lagi Kautsar.my akan mula jual pokok2 nursery.
Yeayy, memang tak sabar. Sebab seronok sebenarnya bila kita bermain dengan pokok. terapi untuk diri. Tenang is good ๐
Doakan yer ๐
.
Doakan sama2 kita sihat, dapat meneruskan hidup seperti biasa.
Dan website ni akan jadi blog perjalanan kisah kautsar.my
Tangan dah lama tak menulis. Sekarang baru nak menulis balik ๐
Amin. Amin. Baik2 semuanya

Leave a Reply