Alhamdulillah, setiap bulan ada je aktiviti tetap Kak Sar untuk jenama kautsar.my
Kak Sar memang tetapkan, dan ada PiC yang akan ingatkan atau buat jika ada admin yang termiss. Benda2 yang wajib buat untuk meneruskan perniagaan dengan baik.
Pertamanya, setiap bulan akan ada gambar2 testimoni terpilih yang akan menang baju2 Kak Sar.
Setiap bulan, samaada 2 atau 3 pemenang akan dipilih. Baju akan di pos ke pelanggan yang menang.
kalau sis2 ada beli baju2 Kak Sar, boleh la OOTD dan share atau tag baju sis dengan kak Sar. Ada rezeki dapat baju blouse PERCUMA ๐
Pemenang akan diumumkan setiap bulan di IG Kak Sar.
.
Aktivit kedua, kak Sar akan cari ratu2 OOTD untuk buat paid review. Tak banyak, beberapa orang sahaja.
Yang ni Kak Sar pilih secara random. Dapat baju PERCUMA, dan dapat sedikit saguhati dari Kak Sar.
.
Yang ketiganya, kak Sar plan nak buat hadiah untuk sedmua dropship2 Kak Sar.
Tak lama lagi kak Sar akan buka dropship untuk produk2 Kak Sar.
Tak lama lagi. InsyaALLAH ๐
Nak bantu2 sama2. Butiran Kak Sar akan tulis dalam Blog ni.
Tunggu yer ๐
.
Seterusnyaaaa..
Idea banyak, tapi tak buat2. Kak Sar tetapkan ni je dulu buat masa ni. InsyaALLAH cukup untuk jenama Kak Sar terus menjual dengan baik.
Kak Sar jual baju2 muslimah harga rendah kualiti sangat baik. Kak Sar usahakan menjual seperti biasa, tanpe perlu buat benda2 pelik supaya orang kenal.
.
Doakan, perniagaan kak Sar terus maju.
Amin. Amin

Leave a Reply